Saturday, November 7, 2009

Sayur Kacang Panjang Goreng.

Bahan-Bahan :
1) kacang panjang
2) tempe
3) tahu
4) udang
5) bawang besar
6) bawang putih
7) lada merah
8) garam
9) ajinomoto

Cara-Cara :
1) tahu dan tempe yang telah dipotong dadu digoreng terlebih dahulu.
2) angkat tahu dan tempe setelah garing. masuk ke dalam bekas lain sementara.
3) tumis bawang besar, bawang putih dan lada merah yang telah dipotong kecil.
4) setelah naik bau, masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5) tambahkan garam dan ajinomoto bagi menambah perisa.
6) masukkan sayur kancang panjang dan kacau sehingga sebati.
7) masukkan tempe dan tahu yang telah digoreng tadi.
8) setelah sayur kancang panjang agak layu, tutup api. Sayur Kacang Panjang Goreng telah siap untuk dihidangkan.

No comments: