Saturday, November 7, 2009

Ikan Masak Terutup.

Bahan-Bahan :
1) ikan bawal / ikan cencaru
2) serbuk kunyit
3) lada kering
4) bawang besar
5) bawang putih
6) halia
7) serai
8) asam keping
9) garam
10) ajinomoto

Cara-Cara :
1) goreng ikan terlebih dahulu. campurkan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2) kisar lada kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
3) tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
4) masukkan asam keping. tambahkan juga garam dan ajinomoto.
5) kacau sehingga rata. tunggu 10 minit.
6) setelah naik minyak, tutup api. tuang kuah terutup ini ke dalam ikan yang telah siap digoreng.
7) Ikan Masak Terutup telah siap untuk dihidangkan.

No comments: