Thursday, November 5, 2009

Ikan Masak Gulai Nenas.

Bahan-Bahan :
1) ikan selar kuning / ikan parang
2) nenas yang masak
3) bawang besar
4) bawang putih
5) halia
6) lada merah
7) belacan
8) kunyit basah / kunyit serbuk
9) asam jawa
10) air
11) garam
12) ajinomoto
13) gula

Cara-Cara :
1) potong nenas sederhana kecil dan masukkan ke dalam periuk. jangan hidupkan api dahulu.
2) kisar bawang besar, bawang putih, halia, lada merah, belacan dan kunyit basah / kunyit serbuk. setelah dikisar, masukkan ke dalam periuk berisi nenas tadi.
3) perah asam jawa dan tuangkan air asam jawa tadi ke dalam periuk. tambah sedikit air mengikut citarasa masing-masing.
4) hidupkan api dapur. tambahkan garam, gula dan ajinomoto mengikut citarasa yang dikehendaki.
5) tunggu sehingga mendidih. masukkan ikan selar kuning / ikan parang.
6) tunggu 10 minit. tutup api. dan Gulai Nenas siap untuk dihidangkan.

1 comment:

Mama Mursyid said...

My favourite lauk ni. Ari ni mesti masak + ikan selar goreng & sambal belacan.